welcome clock

buble cusor

rainbow link

title

right click

number of visitor

Monday, July 23, 2012

pengorbanan seorang ibu

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China. Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.


Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.

Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya

Friday, July 20, 2012

surat dari syurga



Apa khabar bonda hari ini? Semoga bonda sihat selalu...anakanda juga di sini sihat bonda... Allah sayang sangat sama anakanda. anakanda menulis surat ini untuk bonda, sebagai bukti cinta anakanda pada bonda....

Bonda, izinkan anakanda luahkan perasaan pada perempuan yang telah merelakan rahimnya untuk anakanda berada walaupun hanya sesaat...

Bonda, sebenarnya anakanda ingin lebih lama hidup di rahim bonda, ruang yang kata Allah paling kukuh dan paling selamat di dunia ini... tapi rupanya bonda tidak menginginkan kehadiran anakanda, jadi sebagai anak yang baik, anakanda pun rela menukarkan kehidupan anakanda demi kebahagiaan bonda. Walaupun dulu, waktu bonda menggugurkan anakanda, sakit SANGAT bonda....badan anakanda rasanya seperti disiat-siat... dan keluar sebagai gumpalan darah yang menjijikkan apalagi hati anakanda, ngeri, rasa seperti aib yang tidak dihargai dan tidak diinginkan.

Tapi anakanda tidak kecewa bonda... kerana dengan begitu, bonda telah menghantarkan anakanda untuk bertemu dan dijaga oleh Allah bahkan anakanda dirawat dengan penuh kasih sayang di dalam syurga Nya.

Bonda, anakanda mahu cerita, dulu anakanda pernah menangis dan bertanya kepada Allah, mengapa bonda menggugurkan anakanda saat anakanda masih belum sempurna dan membiarkan anakanda sendirian di sini? Apa bonda tidak sayang sama anakanda?

Bonda tidak ingin mencium anakanda? Atau jangan-jangan kerana nanti anakanda nakal dan suka membuat sembarangan? Lalu Allah beritahu, bonda kamu malu sayang... kenapa bonda malu? Kerana dia takut kamu dilahirkan sebagai anak haram...

anak haram itu apa ya Allah? Anak haram itu anak yang dilahirkan tanpa ayah... anakanda bingung dan bertanya lagi sama Allah, ya Allah, bukannya setiap anak itu pasti punya ayah dan ibu? Kecuali nabi Adam dan Isa? Allah yang Maha Tahu menjawab bahawa bonda dan ayah memproses anakanda bukan dalam ikatan pernikahan yang sah dan Allah Redhai. anakanda semakin bingung dan akhirnya anakanda putuskan untuk diam.

Bonda, anakanda malu terus-terusan bertanya kepada Allah, walaupun Dia selalu menjawab semua pertanyaan anakanda tapi anakanda mahu bertanya kepada bunda saja, pernikahan itu apa ? Kenapa bonda tidak menikah saja dengan ayah? Kenapa bonda membuat anakanda menjadi anak haram dan mengapa bonda mengusir anakanda dari rahim bonda dan tidak memberi kesempatan anakanda hidup di dunia dan berbakti kepada bonda? Maaf ya bonda,anakanda banyak bertanya... nanti saja bonda beritahu bila kita bertemu.

Oh ya Bunda, suatu hari malaikat pernah mengajak jalan-jalan anakanda ke tempat yang katanya bernama neraka. Tempat itu sangat menyeramkan dan sangat jauh berbeza dengan tempat tinggal anakanda di syurga. Di situ banyak orang yang dibakar api ..minumnya dengan nanah dan makannya buah-buahan jijik, banyak durinya...yang paling parah, ada perempuan yang ditusuk dan dibakar seperti sate, ngeri sungguh anakanda melihatnya.

Tiba-tiba malaikat bertanya anakanda, Nak, kalau bonda dan ayahmu tidak bertaubat kelak di situlah tempatnya...di situlah orang yang berzina akan tinggal dan disiksa selamanya. Seketika itu anakanda menangis dan berteriak-teriak memohon agar bonda dan ayah jangan dimasukkan ke situ.... anakanda sayang bonda... anakanda rindu dan ingin bertemu bunda... anakanda ingin merasakan lembutnya belaian tangan bonda dan anakanda ingin kita tinggal bersama di syurga... anakanda takut, bonda dan ayah kesakitan seperti orang-orang itu...

Lalu, dengan lembut malaikat berkata... nak,kata Allah kalau kamu sayang, mahu bertemu dan ingin ayah bundamu tinggal di syurga bersamamu, tulislah surat untuk mereka... sampaikan berita baik bahawa kamu tinggal di syurga dan ingin mereka ikut, ajaklah mereka bertaubat dan sampaikan juga khabar buruk, bahawa jika mereka tidak bertaubat mereka akan disiksa di neraka seperti orang-orang itu.

Saat mendengar itu, terus anakanda menulis surat ini untuk bunda, menurut anakanda, Allah itu baik bonda.... Allah akan memaafkan semua kesalahan makhluk Nya asal mereka mahu bertaubat nasuha... bunda taubat ya? Ajak ayah juga, nanti biar kita boleh berkumpul bersama di sini... nanti anakanda jemput bonda dan ayah di padang Mahsyar ... .anakanda janji mahu bawa minuman dan payung buat ayah dan bonda, soalnya kata Allah di sana panas sangat bonda... barisannya juga panjang, semua orang sejak zaman nabi Adam kumpul disitu... tapi bonda jangan khuatir, Allah janji, walaupun ramai kalau bonda dan ayah benar-benar bertaubat dan jadi orang yang baik, pasti anakanda boleh bertemu bonnda dan ayahBonda, beri kesempatan untuk anakanda ya.... biar anakanda boleh merasakan nikmatnya bertemu dan berbakti kepada orang tua, anakanda juga mohon sama bonda...jangan sampai adik-adik anakandamengalami nasib yang sama dengan anakanda, biarlah anakanda saja yang merasakan sakitnya dipersia-siakan . Tolong ya bunda, kasih adik-adik kesempatan untuk hidup di dunia menemani dan merawat bunda saat bunda tua kelak.

sampai sini saja bonda... anakanda mahu main-main dulu di syurga.... anakanda tunggu kedatangan ayah dan bunda di sini... anakanda sayang sangat sama bonda....muach!!